Monday, 2 February 2015
2015 !!!!!
assalamualaikum ... alhamdulillah ..2015 daa kita .. lama udah tak update blog ni ... hm.. naik form 4 ni .. masing-2 pecah kelas la .. bosan je ...hahaha .. naik form 4 makin susah doe .. hahaha tak macam petey tigo .. petey tigo only tooks a few months to know what is kbat ? kbbk ? hot? pisa ? so excited to say goodbyee school .. tinggal setahun lagi dok mereput .. pastu hidup ,,, hahaha ... mayb org lain rindu skolah .. tapi aku tak .. hahaha .. he ll yehh xD .. opppps sekarang ni idea tgh mundur sbb da mlamm. .. and mengantukk ... esk skolah .... soryy for broken english .. practise makes perfect beb .. hahaha .. kbyeee assalamualaikum
Nota tingkatan 4 ( bab 1) :D
c ) Ciri –ciri Zaman
Neolitik .
1. Hidup menetap dalam
kelompok besar dan ternak binatang .
2. Menyara hidup –
bercucuk tanam dan ternak binatang .
3. Mempunyai bahan
tembikar .
4. Alat – alat batu –
lebih halus/licin dan pelbagai fungsi.
5. Mula mewujudkan
pengkhususan kerja.
6. Hasil artifak
mereka lebih baik.
7. Pada akhir zaman
ini, mula melebur logam.
8. Sistem barter
berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil makanan.
d) Ciri – ciri Zaman
Logam.
1. Zaman ini terbahagi
dua iaitu zaman Gangsa dan Besi.
2. Penggunaan besi
menghasilkan ciptaan perahu dan rumah.
3. Mereka mula
meneroka laut.
4. Mereka menjalankan
perdagangan maritime (antarabangsa).
5. Petempatan mula
membesar menjadi kota/bandar.
6. Mereka juga mula
membina kota pertahanan.
7. Contoh Bandar –
Catal Huyuk di Turki, Jericho di Jordan.
(2) Tamadun Manusia
a) Apakah makna
tamadun.
1. Tamadun bererti
peradaban.
2. Perkataan TAMADUN
daripada bahasa Arab contohnya mudun, madain dan madana. Rumusannya bermaksud
‘tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar’.
3. CIVILIZATION (
dalam bahasa Inggeris) daripada perkataan Greek iaitu civitas bermaksud bandar.
4. Konsep tamadun
barat ialah pembangunan lahiriah (kebendaan) seperti undang – undang dan
pembandaran.
5. Orang barat menolak
kemajuan rohaniah.
6. Konsep Islam
meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah, Islam juga mengambil kira kemajuan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur.
7. Orang barat yang
menyokong kemajuan rohaniah ialah Richard Sullivan.
b) Ciri – ciri
tamadun.
1. Pembentukan tamadun
– hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia.
2. Petempatan kekal –
corak hidupnya sistematik, bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian dan
penternakan, menyimpan makanan dan mempunyai alatan seperti cangkul, teknologi
pengairan dan lebihan makanan yang menampung pertambahan penduduk.
3. Kehidupan
berorganisasi – merangkumi sosial, ekonomi dan politik. Hidup mereka stabil dan
makmur, bermula dengan sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana
penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai. Sistem sosial berbentuk piramid,
bangsawan diketuai oleh raja (atas sekali) pembesar seperti ahli agama, ketua
keluarga/kelompok, pentadbir,ilmuan, pakar seni(kedua), rakyat biasa seperti
petani dan pedagang (ketiga) dan hamba (bawah sekali).
4. Sistem Pemerintahan
– untuk menjalankan pentadbiran. Ketua menggunakan unsur magis dan dianggap
wakil tuhan. Perundangan dicipta untuk keamanan dan kemakmuran.
5. Pengkhususan
pekerjaan – berlaku kesan kestabilan politik. Barang terhasil kerana kepakaran
kumpulan tertentu. Kemudian berlaku system barter, kemudian berlaku
perdagangan, pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, budaya dan hubungan dengan
tamadun luar.
6. Agama dan
kepercayaan – manusia mula dengan kepercayaan Animisme. Mereka percaya kuasa
ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka menyembah pokok dan matahari.
Kemudian mereka beragama, bermula dengan menyembah lebih dari satu tuhan
(politeisme).
7. Bahasa dan tulisan
– bahasa terawal seperti heogrolif,cuneiform dan ideogram. Kepentingan bahasa dan
tulisan ialah memperkembangkan ilmu pengetahuan, perhubungan, pentadbiran,
keagamaan, idea dan pemikiran.
(c) Bagaimanakah
proses pembentukan tamadun berlaku.
1. Bermula dengan
penyesuaian manusia dan alam sekeliling.
2. Manusia memilih
lembah sungai untuk petempatan kerana tanahnya subur untuk pertanian, air dan
pengangkutan.
3. Contoh tamadun di
lembah sungai ialah Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates, Mesir purba di
sungai Nil, Indus di sungai Indus dan Hwang Ho di Sg. Hwang Ho.
(3) Tamadun Mesopotamia
(a) Dimanakah lokasi
tamadun Mesopotamia.
1. Tamadun paling
awal.
2. Mesopotamia dalam
bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai.
3. Terletak di sungai
Tigris dan Euphrates yang mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq hingga
ke Teluk Parsi.
4. Dikelilingi
pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk
Paarsi di selatan.
b) Bilakah tamadun
Mesopotamia berlaku.
1. Bermula daripada
zaman Neolitik.
2. Kemudian muncul
kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassities, Assyria,Chaldea dan Parsi.
3. Selepas kerajaan
Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia.
(b) Proses pembentukan
tamadun Mesopotamia.
1. Terbahagi dua iaitu
utara dan selatan Bandar Baghdad.
2. Tamadun bermula di
selatan iaitu Sumer.
3. Ia dimulakan oleh
masyarakat Neolitik.
4. Kemudian orang
Sumeria Berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina pengairan,
sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan pendudukan.
5. Daripada kampung
akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di sepanjang
sungai dan terusan.
d) Ciri- ciri tamadun
Mesopotamia.
1. Negara Kota :
· Mempunyai kawasan utama – iaitu pusat kota,
tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
· Kubu pertahanan – lengkap dengan pelbagai
pintu gerbang.
· Dalam kota – ada istana, rumah kediaman, rumah
ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar.
· Pusat kota – ialah rumah ibadat.
· Pengangkutan – seperti kapal, pedati dan
keldai.
· Hubungan luar – melalui jalann laut, Bandar
dan negara kota.
2. Organisasi sosial :
· Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat .
· Pemerintah terdiri dari raja , ketua pendeta ,
ketua tentera , dan bangsawan .
· Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas ( seperti
petani , artisan , pedagang ) dan hamba (tawanan perang ) .
3. Sistem pemerintahan
:
· Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan
,wakil tuhan dan pemilik negara kota .
· Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja
, kecuali raja Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung
bergelar “ Raja Empat Penjuru Alam .
· Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera ,
ketua pendeta .
· Raja juga menjadi ketua agama dan beliau
melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat .
· Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan
menyimpan khazanah negara .
· Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian
,dan perniagaan .
· Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan
keluarga .
4. Pengkhususan kerja
:
· Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian .
· Maka ada petani bertukar kerja menjadi
perniaga , pedagang .
· Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus .
· Perdagangan penting kerana kurangnya hasil
bahan mentah .
· Maka logam , kayu – kayan , emas ,dari luar
kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka .
· Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan
tukang rumah kesan pertambahan penduduk .
· Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan
negara kota daripada musuh .
5. Sistem Tulisan :
· Ia bermula dalam bentuk gambar .
· Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas
tanah liat kerana tiada kertas .
· Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform
.
e) Apakah sumbangan
tamadun Mesopotamia .
1. Kod Undang –undang
Hammurabi :
· Ia digubaloleh Rja Hammurabi pemerintah
Babylon .
· Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan .
· Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan
tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat .
· Ia dipahat pada tembok dan tiang besar .
· Ia menjadi dasar perundangan tamadun
Mesopotamia .
· Undang –undang ini mengelakkan masalah
pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan .
2. Hasil Tulisan :
· Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan
pentadbiran dan perniagaan – lengkap dengan resit , nota dan surat kredit
· Lahirnya epik Gilgamesh – hasil sastera
mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia .
3. Ilmu pengetahuan :
· Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan
,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak
, darab ,dan bahagi .
· Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan
laut.
· Kalendar mereka berasaskan system solar (12
bulan satu tahun ).
· Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan
tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan dikatalogkan dan
disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan .
4. Pengangkutan :
· Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan
ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal
banjir .
· Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan
mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean .
5. Seni bina :
· Mereka membuat batu –bata dari tanah liat .
· Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes
.
· Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat
.
6. Empayar pertama
dunia :
· Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar
pertama dunia )yang menyatukan wilayah –wilayah kerajaan Sumeria .
· Beliau juga membentuk masyarakat berestika .
7. Perpustakaan diraja
:
· Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh .
·
( 4 ) Tamadun Mesir
Purba
a) Dimanakah lokasi
tamadun Mesir Purba .
1. Di tebing sungai
Nil dari utara Mesir ke Laut Mediterranean .
2. Sg Nil berpunca
dari sg Nil Biru dari Ethiopia dan sg Nil putih dari Uganda .
3. Tanah Sg Nil amat
subur untuk pertanian dan petempatan .
b) Bilakah tamadun
Mesir Purba berlaku.
1. Bermula daripada
zaman Neolitik .
2. Kemudiannya di
sekitar delta dan bahagian pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal .
3. Tamadun terbahagi
empat zaman iaitu zaman awal , zaman pertengahan , empayar , dan keruntuhan .
4. Zaman kejatuhan
Mesir diperintah oleh orang asing seperti orang Libya , Assyria , Parsi ,
Yunani dan Rom.
c) Proses pembentukan
tamadun Mesir Purba.
1. Lembah Nil mulanya
didiami oleh manusia zaman Gangsa .
2. Alat logam membantu
mereka membina parit dan pengairan .
3. Ia membantu
menyuburkan tanah pertanian dan pertempatan .
4. Beberapa kampung
kemudian membentuk Bandar dan seterusnya daerah .
5. Akhirnya daerah
–daerah dicantumkan dengan salah sebuah Bandar seperti Memphis dan Thebes
membentuk pusat pentadbiran Tamadun Mesir .
d) Ciri-ciri tamadun
Mesir Purba 1. Pusat pentadbiran Firaun :
· Firaun Menes menyatukan semua daerah di bawah
satu pusat pentadbiran di bandar Thinis .
· Kemudian berpindah ke Bandar Memphis , Thebes
, Heliopolis , Fayoum dan Abydos .
· Di pusat Bandar terdapat kediaman Firaun ,
pusat pentadbiran , pelabuhan , dan keagamaan .
2. Organisasi
masyarakat.
· Firaun (atas sekali ) – raja berkuasa mutlak ,
dianggap sesuci , diwarisi turun – temurun . Antara gelaran Firaun –Tuhan Horus
, Raja Matahari , (dipercayai anak tuhan matahari iaitu Amon –Re ) . Ia juga
ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan .
· Selepas Firaun – bangsawan, rahib, tuan tanah
dan jurutulis .
· Kemudian rakyat bebas – petani, pedagang,
artisan .
· Hamba (bawah sekali).
3. Sistem pemerintahan
:
· Diterajui oleh Firaun yang di bantu oleh
bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan , mengagih dan
mengurus hasil makanan .
· Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai,
penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
· Kemudian Rahib yang mengawal hal keagamaan.
· Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis
(orang awam yang dilantik untuk menulis rekod kerajaan).
· Wanita pernah menjadi firaun iaitu Firaun
Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian dan terusan.
· Pemerintahan firaun meliputi Nubia, Palestin,
Lubnan, hingga ke Syria.
4.Pengkhususan kerja :
· Contohnya menenun, membuat tembikar, melombong
emas di Nubia.
· Eksport Mesir – seperti tekstil, kertas.
· Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal
dari Laut Mediterranean dan Laut Merah berlabuh di pelabuhan Thebes, Memphis.
5.Konsep politeisme
dalam agama
· Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan alam
seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit).
· Mereka percaya hidup selepas mati – mayat
disimpan rapi, lengkap dengan alat dan keperluan hidup. Alat kebesaran dan
keperluan yang disertakan mengikut status mayat.
6. Sistem tulisan
· Tulisan mereka dikenali sebagai hiegroglif.
· Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol
yang berdasarkan bunyi.
· Tulisan digunakan untuk mencatat rekod
pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan keagamaan.
e) Apakah sumbangan
tamadun Mesir Purba.
1. Seni bina
· Seni bina piramid hasil ilham Imhotep
(saintis, ahli fizik, arketik, perubatan, pengarang, dan penasihat firaun ).
· Imhotep membina bangunan menggunakan batu-
bata.
2. Kertas :
· Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus.
· Kertas digunakan untuk menyimpan khazanah
bangsa (penulisan) menggantikan kepingan batu bata.
3. Tulisan :
· Tulisan hiegrolif terpahat pada makanan dan
batu.
· Tulisannya amat halus, cantik dan seni.
4. Pendidikan ;
· Untuk kanak- kanak keluarga atasan dan
diberikan sejak umur rendah.
· Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir
oleh kerajaan.
· Tujuan pendidikan melahirkan pegawai kerajaan
khasnya jurutulis terlatih.
5. Ilmu perubatan :
· Pengamal perubatan diberi status tinggi dan
berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
· Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait
dengan kepercayaan orang Mesir.
· Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan
perubatan.
6. Ilmu Matematik :
· Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan
pengurus pertanian, bekalan air dari Sg. Nil, bangunan dan pyramid.
· Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal
banjir .
· Pengetahuan matematik dan sains berjaya
menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian hasil kemajuan pengairan .
· Ilmu matematik dan astronomi turut membantu
orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12 bulan setahun .
( 5 ) Tamadun Indus .
a ) Dimanakah lokasi
tamadun Indus
1. Tamadun terawal di
India terletak di Sg. Lembah Indus (barat laut India).
2. Sungai ini berpunca
dari pergunungan Himalaya mengalir menuju ke laut Arab .
3. Tamadun ini juga di
kenali sebagai tamadun Harappa .
4. Ia di kelilingi
Bandaran Makran , Pergunungan Baluchisan , Punjab dan Rajasthan ( timur ),
serta Kathiawar dan Gujerat ( tengara ) .
b ) Bilakah tamadun
Indus berlaku .
1. Muncul 2500 S.M.
dan merosot 1800 S.M.
2. Kemorosotannya
disebabkan serangan orang Aryan , banjir , kemarau dan gempa bumi .
c ) Proses pembentukan
tamadun Indus .
1. Bermula di barat
laut India yang didiami oleh orang nomad yang memburu dan mengumpul makanan.
2. Kemudian wajud
petempatan kekal kerana sumber air dan tanah yang subur di Lembah Indus.
3. Seterusnya hasil
pertanian dan penduduk bertambah menyebabkan perkembangan Bandar seperti
Mohenjo –Daro dan Harappa, serta pelabuhan Lothal dan Sutkagen Dor.
d ) Ciri –ciri tamadun
Indus .
1. Bandar terancang :
·
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1. {cke_protected_1}Bahagian utama – mempunyai pusat pentadbiran
dan keagamaan, bangunan pentadbiran, tempat mandi awam, dan tempat menyimbah
kawasan pertanian .
2. {cke_protected_2}Bahagian kedua – kawasan perumahan.
·
Kemajuan Bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan
pembinaan. Ia juga hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
·
Bandar di sini berasaskan blok –blok segi empat yang dipisahkan
antara blok oleh jalan raya lurus yang bersambung antara satu sama lain
·
Bandar ini lengkap dengan sistem kumbahan.
·
Bandar ini dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.
2. Organisasi sosial :
· Terbahagi dua golongan, atasan dan bawahan.
· Golongan atasan ialah pendeta, pedagang.
· Pendeta berkuasa berkaitan hal keagamaan
menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya.
· Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti
wujudnya raja di sini.
· Golongan bawahan ialah petani dan buruh.
· Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada
pihak berkuasa.
· Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga
kebersihan Bandar, membina tembok dan terusan.
3. Pengkhususan
pekerjaan :
· Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan,
pertanian,pertukangan , dan pembuatan .
· Perdangangan luar sehingga ke Mesopotamia,
buktinya cap mohor masyarakat Indus ada di Mesopotamia.
· Hasil dagang seperti emas, gading, manik dan
pertanian.
· Petani menanam barli dan kacang.
· Artisan menghasilkan barang logam dan
tembikar.
4. Amalan agama :
· Patung proto – Siva (seseorang yang duduk
bersila dan ada tiga tanduk di kepala) melambangkan dewa Brahma, Siva dan
Vishnu. Patung ini berkaitan dengan agama Hindu.
· Mereka juga percaya Tuhan ibu sebagaimana
masyarakat Mesopotamia, Syria, Palestin.
5. Sistem tulisan :
· Sistem tulisan mereka berbentuk piktograf
tetapi ia masih misteri dan belum dapat ditafsirkan.
e) Apakah sumbangan
tamadun Indus.
1. Perancangan Bandar
:
· Kepakaran mereka ialah menentukan letakan
bandar.
· Merancang Bandar memerlukan kemahiran ilmu
geometri, kesenian, matematik dan pembinaan.
· Mereka mempunyai bahan binaan bermutu, di mana
batu – bata daripada tanah liat dibakar pada suhu tinggi.
2. Sifat keterbukaan :
· Sikap terbuka menyebabkan mereka berhubung
dengan masyarakat Mesopotamia dan Mesir Purba.
· Hubungan ini membawa kepada pertukaran
teknologi yang disesuaikan dengan keadaan tempatan.
(6) Tamadun Hwang Ho
a) Dimanakah lokasi
tamadun Hwang Ho
1. Muncul di Sg. Hwang
Ho yang subur (utara China – dari tanah tinggi di barat hingga ke Teluk Bo Hai
di timur)
2. Bersifat setempat
kerana keadaannya bergunung – ganang dan padang pasir.
b) Bilakah tamadun
Hwang Ho berlaku.
1. Bermula pada zaman
paleolitik (jumpaan Peking Men).
2. Kemudian zaman
Neolitik – bertani dan menternak.
3. Seterusnya Dinasti
Hsia (dinasti pertama/belum dipastikan).
4. Selepas itu Dinasti
Shang dan diganti pula oleh Dinasti Chao kerana kezaliman pemerintahan.
c) Proses pembentukan
tamadun Hwang Ho.
1. Kesuburan Hwang Ho
menyebabkan nomad menetap di sini.
2. Tapak Banpo
berdekatan Badar Sian adalah petempatan awal penduduk Hwang Ho.
3. Mereka bertani,
menternak dan berburu.
4. Kemudiannya muncul
bandar seperti Anyang di Sg. Huan.
5. Ketika disnati
Shang – berlaku perluasan wilayah dan penyebaran budaya di Lembah Hwang Ho.
6. Ketika Dinasti
Chao- meluas ke selatan Sg. Yangtze.
d) Ciri – ciri tamadun
Hwang Ho.
1. Negara Kota :
· Perkembangan pertanian membawa kepada
kemunculan Bandar seperti negara kota Anyang di Sg. Huan.
· Di sini terdapat istana, kuil dan pusat
pentadbiran.
· Raja, pembesar dan golongan agama tinggal di
Bandar ini.
· Bandar Anyang lengkap dengan tembok penghalang
musuh dan dikelilingi perkampungan petani.
2. Organisasi sosial :
· Lapisan atas – raja (teraju) dan pembesar
· Lapisan bawah – petani (luar Bandar
disekelilingi kota), dan artisan (mahir teknologi gangsa seperti membuat
senjata, perisai dan hiasan).
· Lapisan paling bawah – hamba.
3.Pengkhususan
pekerjaan :
· Pembesar mempunyai tentera kereta kuda dan
berjalan kaki.
· Petani memenuhi keperluan golongan atasan.
· Golongan artisan mencipta tembaga (bekas
minuman dan makanan), senjata dan tembikar.
· Hamba sebagai tentera paksaan dan buruh
upacara korban dan penyembahan.
4) Sistem pemerintahan
Dinasti Shang :
Pengganti raja ialah
saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja.
Raja berkuasa di pusat
pentadbiran.
Raja mendapat mandat
daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik.
Raja dibantu oleh
golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.
Bagi wilayah diluar
pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah.
Maka bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang – undang.
Sistem ini
diasimilasikan oleh Dinasti Chao.
5. Sistem pemerintahan
Dinasti Chao :
· Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah –
wilayah.
· Setiap wilayah dilantik pembesar tempatan.
· Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja
dan diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
· Mereka juga melindungi raja dan menyediakan
tentera ketika perang.
· Pembesar ini juga menjadi ketua agama.
6. Keagamaan :
· Mereka mengamalkan kepercayaan animisme,
politeisme.
· Maka mereka menyembah roh nenek moyang, tuhan
syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung.
· Upacara agama menggunakan muzik, tarian dan
upacara korban yang diketuai oleh bomoh.
· Mereka juga percaya tulang oracle yang boleh
meramal sesuatu keadaan.
· Bomoh akan meletakkan tulang ini di atas
unggun api hingga timbul rekahan yang boleh ditafsir olehnya.
7. Sistem Tulisan :
· Rekahan tulang oracle telah memberi idea
tulisan di negeri China yang berbentuk ideogram (tulisan simbol)
· Pada mulanya tulisan ini berbentuk gambar
seperti bulan, matahari dan sungai. Kemudian berubah seperti tulisan hari ini.
e) Apakah sumbangan
tamadun Hwang Ho.
1. Pemerintahan
Monarki :
· Sistem ini berterusan hingga Dinasti Ching.
· Beberapa perubahan berlaku seperti konsep
maharaja.
· Maharaja dikaitkan dengan anak syurga dan
mandat syurga.
2. Kemajuan pertanian
:
· Terusan dibina untuk mengairi tanaman dan
mengelak banjir, ia dimajukan oleh Shih Huang Ti.
· Teknologi membajak, cangkul dan sabit dicipta.
· Petani telah mula menggunakan batas tanaman.
· Kemudian alat pertanian kayu bertukar kepada
besi.
3. Kemajuan tulisan :
· Tulisan meluas dlam bidang penulisan dan
pencetakan.
· Tulisan digunakan di sekolah China dan
berkembang ke Korea dan Jepun.
4. Kepercayaan :
· Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang kekal
sehingga kini mengikut kesesuaian masa seperti korban manusia diganti dengan
makanan, duit kertas dan barang perhiasan.
· Konsep Yin Yang (kuasa pasif dan aktif) serta
Feng Hsui (keharmonian manusia dan alam sekitar) juga masih diamalkan hingga
kini.
5. Sistem kelendar :
· Kalendar Shang ada 30 hari sebulan dan 360
hari setahun.
· Raja menetukan musim menanam dan menuai
mengikut kalendar.
· Kalender penting untuk menentukan tarikh
perkahwinan, memburu dan pengkebumian.
6. Falsafah perang Sun
Tzu :
· Karya The Art of War membicarakan hal perang
bagi menangani musuh.
· Ia telah diaplikasikan dalam urusan perniagaan
Subscribe to:
Posts (Atom)
